Ini
adalah ciptaan saya untuk bahan bantu belajar dan nama ciptaan ini adalah Kotak
Serbaguna. Ia merupakan satu ciptaan yang berasaskan bahan buangan. Kotak
Serbaguna ini dapat dimanfaatkan dalam dua bentuk iaitu sebagai kotak tertutup
ataupun terbuka. Kotak ini dicipta bertujuan untuk memudahkan pengguna untuk
menyimpan barang-barang seperti alat tulis ataupun alat ‘make up’. Saya telah
memilih untuk mencipta Kotak Serbaguna kerana ianya senang untuk direka. Selain
itu, bahan-bahan untuk membina kotak ini juga senang untuk didapati kerana saya
hanya menggunakan bahan terbuang. Tambahan pula, kos untuk membina kotak ini
juga murah dan saya tidak perlu membelanjakan banyak duit untuk
membinanya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Kotak kasut
- Kertas majalah
- Botol mineral (1.5L)
- Tali (untuk lilitan bahagian atas botol)
- Gunting
- GamHot glue gun
- Pensil 2B (untuk gulungan kertas)
Antara nilai-nilai yang boleh didapati daripada projek ini :
- Mengelakkan pembaziran daripada berlaku
- Menjimatkan duit dalam pembelian barang
- Menjimatkan masa (barang-barang mudah didapati)
- Mengurangkan pencemaran alam sekitar
- Mengurangkan pengeluaran sampah
- Mengembangkan kreativiti pelajar dalam menggunakan barang terbuang
No comments:
Post a Comment