1) Iomai Corp.
Iomai
Corp. adalah satu alat yang digunakan untuk menyuntik vaksin kepada pesakit
yang takut ataupun tidak selesa sekiranya menggunakan jarum dan picagari. Cara
yang terbaru ini akan menyamaikan vaksin melalui kulit pesakit tanpa merasa
sakit. Walaupun cara suntikan yang diberi berbeza dengan cara menggunakan jarum
dan picagari, tetapi kesan vaksin yang diberikan adalah sama dengan cara
suntikan melalui jarum dan picagari. Tambahan pula, tindak balas vaksin
tersebut ke atas sistem immunisasi pesakit pun adalah sama. Cara ini amat bagus
untuk mengubah psikologi pesakit terhadap pemberian vaksin kerana bagi mereka
suntikan vaksin sakit apabila menggunakan jarum dan picagari.
2) Vein Viewer
Urat darah mungkin
sukar untuk dikesan dalam kebanyakkan pesakit tidak mengira umur, ton atau
keadaan kulit sekali pun. Oleh itu, satu syarikat telah mencipta satu alat
untuk memudahkan pegawai perubatan dalam mengesan urat darah bagi pesakit
mereka. Nama alat pengesan urat tersebuat adalah Vein Viewer. Alat tersebut
adalah sesuatu yang unik dan sesuai dengan teknologi terkini kerana alat
tersebut akan digunkan untuk mengesan urat pesakit yang berada di bawah kulit
dan alat tersebut juga akan memantulkan imej urat pesakit di atas permukaan
kulit supaya mudah dan jelas untuk dilihat.
3) STORK : Portable ultrasound machine boon for expectant mother
STORK
adalah satu alat ultrabunyi yang dicipta khas untuk wanita-wanita yang bakal
bergelar seorang ibu. Alat ini adalah untuk memudahkan bakal-bakal ibu untuk
melakukan pengimbasan bayi dalam kandungan mereka dimana sahaja mereka berada
terutamanya dirumah. Dengan ini, si ibu akan dapat mengesan sebarang masalah
yag dihadapi oleh janin mereka. Apabila sebarang masalah dapat dikesan lebih
awal, maka cepatlah si ibu boleh mendapatkan rawatan awal untuk mengatasi
masalah tersebut. Alat ultrabunyi tersebut akan mengimbas keadaan janin dalam
kandungan ibu sepenuhnya.
4) HairMax LaserComb
HairMax LaserComb adalah satu alat berteknologi yang dicipta
untuk mengatasi dan membantu orang ramai yang mengalami masalah rambut gugur.
Selain itu, alat ini juga dapat merangsang folikel rambut supaya pertumbuhan
rambut bertambah baik. Melalui penyelidikan yang telah dibuat, mereka mendapati
cahaya yang dikeluarkan daripada HairMax LaserComb dapat menggalakkan lagi
pertumbuhan rambut untuk berlaku.
5) GlucoM Wristband
GlucoM Wristband adalah satu alat yang telah dicipta untuk
mengesan paras gula (glukosa) dalam darah. Selama ini, paras gula dalam darah
seseorang dapat dikesan melalui suntikan dan titisan darah yang diperolehi akan
dimasukkan ke dalam alat yang dipanggil "glucometer" dan selepas
beberapa saat, bacaan gula dalam darah akan dipaparkan oleh alat tersebut.
Dengan adanya GlucoM Wristband ini, pengidap kencing manis tidak perlu lagi
menyuntik jari mereka apabila hendak mendapatkan paras gula dalam mereka. Alat ini
dapat mengesan paras gula dalam darah dengan cara mengumpul sampel glukosa dari
cecair dalam badan dengan bantuan arus elektrik yang dikesan oleh penderia.
6) Mobile phone for
physicians
Alat
ini adalah sejenis telefon pintar yang dicipta khas untuk pegawai perubatan
untuk mengukur tekanan darah dan suhu badan pesakit, mendengar organ dalaman
pesakit serta mencetak resit atau maklumat yang diperolehi. Telefon ini
dilengkapi denga n perisian-perisian yang canggih untuk membantu segala kerja
pegawai perubatan dalam menyediakan jagarawatan kepada pesakit.
7) ACUSON
SC2000 ultrasound system
ACUSON
SC2000 adalah satu sistem ultrabunyi yang terbaru dan canggih. Alat ini dapat
memberikan pengimejan yang lebih baik dan dapat membantu pegawai perubatan
dalam mengesan masalah-masalah yang dialami oleh pesakit. Dengan adanya siatem
ultrabunyi yang canggih dan berteknologi tinggi, maka jagarawatan yang
diberikan kepada pesakit akan bertambah baik dan kadar pesakit yang tinggal di
dalam wad akan berkurangan.
8) Anti Gravity
Treadmill
Alat
yang diberi nama Anti Gravity Treadmill ini dicipta bertujuan untuk membantu
pesakit yang menjalani proses rehabilitasi.
Alat ini dapat membantu pesakit dalam mendapatkan terapi fizikal yang
bagus dan terbaik. Alat ini dapat menyediakan keadaan yang selamat dan selesa
kepada pesakit dan menampung berat pesakit sambil melatih dan mengekalkan gaya
jalan pesakit.
9) EPOC
Neuroheadset
EPOC
Neuroheadset adalah satu ciptaan untuk membantu pesakit kurang upaya yang tidak
boleh bergerak untuk hidup dalam era berteknologi tinggi. Alat ini berupaya
membuatkan penggunanya mengawal komputer menggunakan pemikiran mereka.
Contohnya alat ini mampuu membolehkan mereka mengawal kerusi roda elektronik
dan papan kekunci dan banyak lagi. Dengan bantuan alat ini, mereka boleh
melakukan sebahagian aktivit yag boleh membantu mereka menjalani kehidupan
seharian bersama orang sekeliling.
10) ZEO sleep
manager
Tidur adalah satu proses yang amat penting di dalam hidup setiap manusia. Bagi
bayi yang sedang membesar, tidur yang cukup amat penting untuk tumbesaran
mereka. Ini kerana, kualiti tidur seseorang akan mempengaruhi angin seseorang
itu dalam aktiviti seharian. Alat yang diberi nama ZEO Sleep Manager adalah
satu alat yang direka khas untuk memberi maklumat mengenai berapa banyak
seseorang itu memperuntukkan masa dalam satu-satu fasa tidur dan memberi
maklumat mengenai corak tidur seseorang itu. Selepas menganalisa tidur
seseorang itu, alat ini akan mencipta satu graf menunjukkan corak tidur untuk
menyatakan bahawa seseorang itu mendapat tidur yang optimal ataupun tidak.
No comments:
Post a Comment