Sunday 19 May 2013

BAHAN BANTU MENGAJAR

 

Ini adalah ciptaan saya untuk bahan bantu belajar dan nama ciptaan ini adalah Kotak Serbaguna. Ia merupakan satu ciptaan yang berasaskan bahan buangan. Kotak Serbaguna ini dapat dimanfaatkan dalam dua bentuk iaitu sebagai kotak tertutup ataupun terbuka. Kotak ini dicipta bertujuan untuk memudahkan pengguna untuk menyimpan barang-barang seperti alat tulis ataupun alat ‘make up’. Saya telah memilih untuk mencipta Kotak Serbaguna kerana ianya senang untuk direka. Selain itu, bahan-bahan untuk membina kotak ini juga senang untuk didapati kerana saya hanya menggunakan bahan terbuang. Tambahan pula, kos untuk membina kotak ini juga murah dan saya tidak perlu membelanjakan banyak duit untuk membinanya. 

Bahan-bahan yang diperlukan:   
  • Kotak kasut 
  • Kertas majalah 
  • Botol mineral (1.5L) 
  • Tali (untuk lilitan bahagian atas botol) 
  • Gunting 
  • GamHot glue gun 
  • Pensil 2B (untuk gulungan kertas

Antara nilai-nilai yang boleh didapati daripada projek ini : 
  • Mengelakkan pembaziran daripada berlaku
  • Menjimatkan duit dalam pembelian barang
  • Menjimatkan masa (barang-barang mudah didapati)
  • Mengurangkan pencemaran alam sekitar
  • Mengurangkan pengeluaran sampah
  • Mengembangkan kreativiti pelajar dalam menggunakan barang terbuang



























 
 

No comments:

Post a Comment