Monday 20 May 2013

BIODATA PELAJAR




Nama : Muhammad Razafie Bin Razali

No. Matrik : A 132906

Program : Ijazah Sarjanamuda Kejururawatan dengan Kepujian

Tahun pengajian : 3

Semester : 2 (2012-2013)

Email : raz_ganuboy91@yahoo.com

Facebook : razafie razali

No tel : 013-4071875

Alamat rumah : 987, Kampung Tok Kaya. 20050 Kuala Terengganu

Jabatan : Kejururawatan 

Sunday 19 May 2013

10 GAMBAR TEKNOLOGI & INOVASI



1) Iomai Corp.  

                   
Iomai Corp. adalah satu alat yang digunakan untuk menyuntik vaksin kepada pesakit yang takut ataupun tidak selesa sekiranya menggunakan jarum dan picagari. Cara yang terbaru ini akan menyamaikan vaksin melalui kulit pesakit tanpa merasa sakit. Walaupun cara suntikan yang diberi berbeza dengan cara menggunakan jarum dan picagari, tetapi kesan vaksin yang diberikan adalah sama dengan cara suntikan melalui jarum dan picagari. Tambahan pula, tindak balas vaksin tersebut ke atas sistem immunisasi pesakit pun adalah sama. Cara ini amat bagus untuk mengubah psikologi pesakit terhadap pemberian vaksin kerana bagi mereka suntikan vaksin sakit apabila menggunakan jarum dan picagari.
 
                                                          2) Vein Viewer

Urat darah mungkin sukar untuk dikesan dalam kebanyakkan pesakit tidak mengira umur, ton atau keadaan kulit sekali pun. Oleh itu, satu syarikat telah mencipta satu alat untuk memudahkan pegawai perubatan dalam mengesan urat darah bagi pesakit mereka. Nama alat pengesan urat tersebuat adalah Vein Viewer. Alat tersebut adalah sesuatu yang unik dan sesuai dengan teknologi terkini kerana alat tersebut akan digunkan untuk mengesan urat pesakit yang berada di bawah kulit dan alat tersebut juga akan memantulkan imej urat pesakit di atas permukaan kulit supaya mudah dan jelas untuk dilihat. 

               3) STORK :  Portable ultrasound machine boon for expectant mother



STORK adalah satu alat ultrabunyi yang dicipta khas untuk wanita-wanita yang bakal bergelar seorang ibu. Alat ini adalah untuk memudahkan bakal-bakal ibu untuk melakukan pengimbasan bayi dalam kandungan mereka dimana sahaja mereka berada terutamanya dirumah. Dengan ini, si ibu akan dapat mengesan sebarang masalah yag dihadapi oleh janin mereka. Apabila sebarang masalah dapat dikesan lebih awal, maka cepatlah si ibu boleh mendapatkan rawatan awal untuk mengatasi masalah tersebut. Alat ultrabunyi tersebut akan mengimbas keadaan janin dalam kandungan ibu sepenuhnya.

4) HairMax LaserComb


HairMax LaserComb adalah satu alat berteknologi yang dicipta untuk mengatasi dan membantu orang ramai yang mengalami masalah rambut gugur. Selain itu, alat ini juga dapat merangsang folikel rambut supaya pertumbuhan rambut bertambah baik. Melalui penyelidikan yang telah dibuat, mereka mendapati cahaya yang dikeluarkan daripada HairMax LaserComb dapat menggalakkan lagi pertumbuhan rambut untuk berlaku.

5) GlucoM Wristband



 GlucoM Wristband adalah satu alat yang telah dicipta untuk mengesan paras gula (glukosa) dalam darah. Selama ini, paras gula dalam darah seseorang dapat dikesan melalui suntikan dan titisan darah yang diperolehi akan dimasukkan ke dalam alat yang dipanggil "glucometer" dan selepas beberapa saat, bacaan gula dalam darah akan dipaparkan oleh alat tersebut. Dengan adanya GlucoM Wristband ini, pengidap kencing manis tidak perlu lagi menyuntik jari mereka apabila hendak mendapatkan paras gula dalam mereka. Alat ini dapat mengesan paras gula dalam darah dengan cara mengumpul sampel glukosa dari cecair dalam badan dengan bantuan arus elektrik yang dikesan oleh penderia.


6) Mobile phone for physicians
 

Alat ini adalah sejenis telefon pintar yang dicipta khas untuk pegawai perubatan untuk mengukur tekanan darah dan suhu badan pesakit, mendengar organ dalaman pesakit serta mencetak resit atau maklumat yang diperolehi. Telefon ini dilengkapi denga n perisian-perisian yang canggih untuk membantu segala kerja pegawai perubatan dalam menyediakan jagarawatan kepada pesakit.


7)  ACUSON SC2000 ultrasound system 


ACUSON SC2000 adalah satu sistem ultrabunyi yang terbaru dan canggih. Alat ini dapat memberikan pengimejan yang lebih baik dan dapat membantu pegawai perubatan dalam mengesan masalah-masalah yang dialami oleh pesakit. Dengan adanya siatem ultrabunyi yang canggih dan berteknologi tinggi, maka jagarawatan yang diberikan kepada pesakit akan bertambah baik dan kadar pesakit yang tinggal di dalam wad akan berkurangan.

8) Anti Gravity Treadmill 



Alat yang diberi nama Anti Gravity Treadmill ini dicipta bertujuan untuk membantu pesakit yang menjalani proses rehabilitasi.  Alat ini dapat membantu pesakit dalam mendapatkan terapi fizikal yang bagus dan terbaik. Alat ini dapat menyediakan keadaan yang selamat dan selesa kepada pesakit dan menampung berat pesakit sambil melatih dan mengekalkan gaya jalan pesakit.

9) EPOC Neuroheadset 


EPOC Neuroheadset adalah satu ciptaan untuk membantu pesakit kurang upaya yang tidak boleh bergerak untuk hidup dalam era berteknologi tinggi. Alat ini berupaya membuatkan penggunanya mengawal komputer menggunakan pemikiran mereka. Contohnya alat ini mampuu membolehkan mereka mengawal kerusi roda elektronik dan papan kekunci dan banyak lagi. Dengan bantuan alat ini, mereka boleh melakukan sebahagian aktivit yag boleh membantu mereka menjalani kehidupan seharian bersama orang sekeliling.

10) ZEO sleep manager

           Tidur adalah satu proses yang amat penting di dalam hidup setiap manusia. Bagi bayi yang sedang membesar, tidur yang cukup amat penting untuk tumbesaran mereka. Ini kerana, kualiti tidur seseorang akan mempengaruhi angin seseorang itu dalam aktiviti seharian. Alat yang diberi nama ZEO Sleep Manager adalah satu alat yang direka khas untuk memberi maklumat mengenai berapa banyak seseorang itu memperuntukkan masa dalam satu-satu fasa tidur dan memberi maklumat mengenai corak tidur seseorang itu. Selepas menganalisa tidur seseorang itu, alat ini akan mencipta satu graf menunjukkan corak tidur untuk menyatakan bahawa seseorang itu mendapat tidur yang optimal ataupun tidak.

10 VIDEO TEKNOLOGI & INOVASI

1) MMMC Nurses shows Gangnam Style of Handwashing

 


2) 10 useless human body parts

 


3) Very Funny Medical Checkup

 


4) The Life of a 3rd Year Medical Student in the Operating Room

 


5) Medical Student vs The Nurse

 


6) Funny Medical Doctor 

 


7) Funny Operation 

 


8) Funny Medical 

 


9) One Injection
(One direction flu shot parody)

 


10) Surgeon vs Internist - apple parody 





BAHAN BANTU MENGAJAR

 

Ini adalah ciptaan saya untuk bahan bantu belajar dan nama ciptaan ini adalah Kotak Serbaguna. Ia merupakan satu ciptaan yang berasaskan bahan buangan. Kotak Serbaguna ini dapat dimanfaatkan dalam dua bentuk iaitu sebagai kotak tertutup ataupun terbuka. Kotak ini dicipta bertujuan untuk memudahkan pengguna untuk menyimpan barang-barang seperti alat tulis ataupun alat ‘make up’. Saya telah memilih untuk mencipta Kotak Serbaguna kerana ianya senang untuk direka. Selain itu, bahan-bahan untuk membina kotak ini juga senang untuk didapati kerana saya hanya menggunakan bahan terbuang. Tambahan pula, kos untuk membina kotak ini juga murah dan saya tidak perlu membelanjakan banyak duit untuk membinanya. 

Bahan-bahan yang diperlukan:   
  • Kotak kasut 
  • Kertas majalah 
  • Botol mineral (1.5L) 
  • Tali (untuk lilitan bahagian atas botol) 
  • Gunting 
  • GamHot glue gun 
  • Pensil 2B (untuk gulungan kertas

Antara nilai-nilai yang boleh didapati daripada projek ini : 
  • Mengelakkan pembaziran daripada berlaku
  • Menjimatkan duit dalam pembelian barang
  • Menjimatkan masa (barang-barang mudah didapati)
  • Mengurangkan pencemaran alam sekitar
  • Mengurangkan pengeluaran sampah
  • Mengembangkan kreativiti pelajar dalam menggunakan barang terbuang